Booth Cimb Di Nadi
7 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2025, pihak CIMB Alor Setar telah membuka booth di Pusat NADI Batas Lintang untuk memudahkan penduduk komuniti menjalankan urusan kewangan tanpa perlu beratur panjang di bank. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk membuka akaun CIMB baharu, membuka akaun ASNB, serta membantu sekiranya terdapat masalah dengan kad atau akaun online.
Kehadiran booth ini disambut baik oleh warga komuniti kerana memberi kemudahan dan menjimatkan masa. Selain itu, aktiviti ini turut membantu meningkatkan literasi kewangan, memberi peluang penduduk memahami penggunaan akaun bank dan pelaburan secara digital, serta memperkukuh hubungan antara komuniti dan institusi kewangan.
Program ini juga menyerlahkan peranan NADI sebagai pusat komuniti yang bukan sahaja memfokuskan ICT dan digital, tetapi juga membantu penduduk dalam urusan harian. Aktiviti seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat komuniti yang lebih luas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: